IT'S JUST ME, AIDA
  • REFLEKSI SAYA
  • TENTANG SAYA
  • TUGASAN SAYA
  • BLOG PENDIDIKAN

REFLEKSI KEDUA (minggu 5)

12/5/2014

0 Comments

 
Jumaat, 10 Oktober 2014

Assalamualaikum W.B.T...

Seperti minggu sebelumnya, saya akan bercerita serba sedikit tentang refleksi pembelajaran semasa kelas tutorial teknologi dalam pendidikan dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Saya tidak tidak meneruskan penulisan di blog ini kerana saya menghadapi masalah untuk mandaftar masuk kedalam blog. Alhamdulillah...setelah berhempas pulas menyelesaikan masalah tetapan blog ini, saya akan meneruskan  penulisan saya.

Pertama sekali saya ingin flashback kembali beberapa pembelajaran lepas. Apa yang saya dapat ingat, pada minggu kedua semasa kelas kuliah telah diajar oleh Mejar Jasmy. Semasa kelas tutorial bersama Dr. Fariza pada sebelah petang pula, beliau telah  menerangkan kepada kami tentang perbezaan  diantara jenis-jenis teknologi. Antara yang disentuh ialah Web 2.0. 

Apa itu Web 2.0?

“Web 2.0” (2004 hingga sekarang) adalah satu istilah yang terkenal bagi kemajuan teknologi internet dan aplikasi-aplikasinya seperti “blog”, “Wikipedia”, RSS (really simple syndication) dan “bookmarking social”. Aplikasi-aplikasi web tersebut merupakan aplikasi-aplikasi yang memudahkan perkongsian maklumat secara interaktif dan kolaborasi di dalam “World Wide Web”. “Web 2.0” ini juga merupakan sebuah halaman yang membolehkan para pengguna berinteraksi dengan pengguna-pengguna lain. Selain itu para pengguna juga boleh mengubah kandungan laman web. Hal ini berbeza dengan “non-interaktif website” yang mana pengguna hanya boleh melihat maklumat yang diberikan kepada mereka. 
Istilah tersebut juga berkait rapat dengan Tim O’Reilly kerana pada tahun 2004 telah diadakan satu persidangan mengenai konsep dan isu-isu “Web 2.0” oleh O’Reilly Media dan MediaLive International. Istilah ini juga digunakan untuk menunjukkan versi baru bagi “World Wide Web” yang juga diistilahkan sebagai “Web 1.0”. 

Rujukan: 
http://en.wikipedia.org/wiki/Web_2.0 
whatis.techtarget.com/definition/0,,sid9_gci1169528,00.html 

p/s: Rupa-rupanya Facebook tu Web 2.0...oooo..
Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    AIDA AFANDI

    Is it just me, or the world is changing?

    Archives

    December 2014
    November 2014

    Categories

    All

    RSS Feed

    FRIEND'S BLOG

    ANIS AQILAH KAMAL
    ROZIE ADENAN
    SITI NUR WAHIDA ROSLI
    NUR AMANINA BTE MOHD KHAIRUDDIN
    AIDA AFANDI
    NUUR THAQIFAH MOHD TAHIR 
    NORAFIZA BINTI AZIZAN
    NURSYAZWANI MAHADI
    AMALINA MOHD HASHIM
    NURUL IZATUL AFZAN ARIFFAM
    MUHAMAD SAUFI BIN ABUZAKI
    NURUL HAFIZAH SABTU
    JENNY KALAIARASI A/P KALAUCHAN
    NORSUZAWANI SUDIN
    IKLIL KAMARUL ZAMAN 
    SITI NORSALIHAH ZULKARNAIN
    AL-MUHDI BIN SAWAL
    NURUL FARAH SUZANA MOHAMAD AZAMAN
    NOR SURIA RUSTIY HATIEKAL RUSLAN 
    MUHSIN ABLLAH

Powered by Create your own unique website with customizable templates.