IT'S JUST ME, AIDA
  • REFLEKSI SAYA
  • TENTANG SAYA
  • TUGASAN SAYA
  • BLOG PENDIDIKAN

REFLEKSI KELIMA (minggu 12)

12/18/2014

0 Comments

 
5 Disember 2014

Assalamualaikum WBT...

Kelas pada minggu ini lebih kepada briefing tentang tugasan-tugasan yang perlu kami submit tidak lama lagi. Bagi meningkatkan lagi kesedaran dalam diri saya untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang bertimbun ingin sasa senaraikan disini:

TUGASAN INDIVIDU (40%):
1) Weebly
2) Model 3D (food chain)
3) Membuat kulit buku (10 keping gambar)

TUGASAN KUMPULAN (30%):
1) Esei (20 jurnal) - Facebook  dalam pendidikan.
2) Video group (5minit)

Dr. Fariza juga telah membawa beberapa contoh tugasan-tugasan senior kami untuk kami jadikan rujukan, antaranya ialah kilit buku bertema dan penulisan ilmiah. Diharapkan dapat menjadi panduan berguna kepada kami bagi menyiapkan tugasan.

Aida,,please....grab your mind together..











Picture
0 Comments
 

REFLEKSI KEEMPAT (minggu 10)

12/18/2014

0 Comments

 
21 November 2014

Peace Be Upon You :-)

Kelas tutorial Dr. Fariza pada kali ini telah diadakan outdoor pada kali ini. Outdoor yang dimaksudkan bukanlah lawatan kemana-mana, hanya sekadar di sekitar Fakulti Pendidikan. Namun begitu, ada tujuannya mengapa Dr. Fariza membiarkan kami melakukan aktiviti kali ini secara outdoor, iaitu sempena dengan tema pembelajaran pada kali ini, iaitu teknik mengambil gambar, kami diarahkan mengambil gambar di luar kelas. Ini kerana topik pada kali ini ialah FOTOGRAFI...

Namun begitu, untuk mengambil gambar bukanlah secara sembarangan  namun ada etikanya tersendiri iaitu:
  1. Jangan sesekali menyusahkan subjek.
  2. Dapatkan kebenaran mengambil gambar.
  3. Elakkan gambar yang menjatuhkan maruah.
  4.  Perlu mendahului sesuatu program.



Picture
Selain itu juga, Dr. Fariza telah menerangkan kepaa kami tentang jenis-jenis lensa kamera. Antaranya ialah: 


Picture
0 Comments
 

REFLEKSI KETIGA (minggu 8)

12/18/2014

0 Comments

 
Jumaat, 7 November 2014

Assalamualaikum WBT pembuka bicara...

Pada minggu ini didalam kelas tutorial bersama Dr. Fariza, beliau telah mengajar kami tentang video, fotografi dan teknik mengambil gambar. Selain itu, kami juga diingatkan supaya menyiapkan tugasan kami iaitu menyediakan model 3D bagi alat bantu mengajar dan juga kami sentiasa diingatkan untuk mengemaskini blog. Dr. Fariza telah briefing sedikit sebanyak tentang apa yang perlu dibuat dan juga membawa aku ke alam nyata betapa pantasnya masa berlalu dan betapa banyaknya kerja untuk disiapkan. Only if i can buy time....  


Apabila menyentuh tentang fotografi dan kamera, saya terfikir tentangkamera-kamera model terkini yang berteknologi tinggi tidak seperti zaman saya bersekolah rendah dahulu yang masih menggunakan Kodak.. :-)






Picture
Picture
0 Comments
 

REFLEKSI KEDUA (minggu 5)

12/5/2014

0 Comments

 
Jumaat, 10 Oktober 2014

Assalamualaikum W.B.T...

Seperti minggu sebelumnya, saya akan bercerita serba sedikit tentang refleksi pembelajaran semasa kelas tutorial teknologi dalam pendidikan dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Saya tidak tidak meneruskan penulisan di blog ini kerana saya menghadapi masalah untuk mandaftar masuk kedalam blog. Alhamdulillah...setelah berhempas pulas menyelesaikan masalah tetapan blog ini, saya akan meneruskan  penulisan saya.

Pertama sekali saya ingin flashback kembali beberapa pembelajaran lepas. Apa yang saya dapat ingat, pada minggu kedua semasa kelas kuliah telah diajar oleh Mejar Jasmy. Semasa kelas tutorial bersama Dr. Fariza pada sebelah petang pula, beliau telah  menerangkan kepada kami tentang perbezaan  diantara jenis-jenis teknologi. Antara yang disentuh ialah Web 2.0. 

Apa itu Web 2.0?

“Web 2.0” (2004 hingga sekarang) adalah satu istilah yang terkenal bagi kemajuan teknologi internet dan aplikasi-aplikasinya seperti “blog”, “Wikipedia”, RSS (really simple syndication) dan “bookmarking social”. Aplikasi-aplikasi web tersebut merupakan aplikasi-aplikasi yang memudahkan perkongsian maklumat secara interaktif dan kolaborasi di dalam “World Wide Web”. “Web 2.0” ini juga merupakan sebuah halaman yang membolehkan para pengguna berinteraksi dengan pengguna-pengguna lain. Selain itu para pengguna juga boleh mengubah kandungan laman web. Hal ini berbeza dengan “non-interaktif website” yang mana pengguna hanya boleh melihat maklumat yang diberikan kepada mereka. 
Istilah tersebut juga berkait rapat dengan Tim O’Reilly kerana pada tahun 2004 telah diadakan satu persidangan mengenai konsep dan isu-isu “Web 2.0” oleh O’Reilly Media dan MediaLive International. Istilah ini juga digunakan untuk menunjukkan versi baru bagi “World Wide Web” yang juga diistilahkan sebagai “Web 1.0”. 

Rujukan: 
http://en.wikipedia.org/wiki/Web_2.0 
whatis.techtarget.com/definition/0,,sid9_gci1169528,00.html 

p/s: Rupa-rupanya Facebook tu Web 2.0...oooo..
Picture
0 Comments
 

REFLEKSI PERTAMA

11/17/2014

1 Comment

 
Jumaat, 26 September 2014


Kelas tutorial bagi subjek Teknologi Pendidikan ini bermula pada minggu ke-3. Kelas tutorial saya diadakan setiap hari Jumaat jam 3 hingga 5 petang. Pensyarah untuk kelas ini ialah Dr. Fariza Binti Khalid. Sebelum memulakan tutorial, kami telah berkenalan sesama sendiri termasuk Dr. Fariza bagi sesi ice breaking.

Selepas itu, Dr. Fariza menerangkan tugasan individu dan tugasan kumpulan kepada kami.  Dalam tugasan individu, ada 3 tugasan yang kami perlu siapkan. Tugasan pertama ini, kami perlu mempunyai akaun website iaitu Weebly.com. Oleh itu kami telah mencipta akaun website Weebly. Tugasan kedua pula, kami perlu mencipta sebuah model bagi dijadikan alat bantu mengajar didalam bentuk 3 dimensi. Seterusnya, tugasan individu yang terakhir beliau menerangkan bahawa kami perlu mereka bentuk kulit buku. Markah yang akan diberi ialah 10% juga. 

Seterusnya, Dr. Fariza menerangkan tentang tugasan berkumpulan pula. Tugasan berkumpulan ini juga terbahagi kepada 2 bahagian. Tugasan pertama kami seramai 3 orang satu kumpulan perlu menggunakan enjin pencarian untuk mencari 15 jurnal. Kami sekumpulan akan berbincang tentang tema yang terdapat dalam jurnal-jurnal itu. Tugasan kedua pula ialah menghasilkan video di mana seramai 5 hingga 6 orang di dalam satu kumpulan. Video ini adalah selama 5 minit sahaja.
Picture
1 Comment
 

    AIDA AFANDI

    Is it just me, or the world is changing?

    Archives

    December 2014
    November 2014

    Categories

    All

    RSS Feed

    FRIEND'S BLOG

    ANIS AQILAH KAMAL
    ROZIE ADENAN
    SITI NUR WAHIDA ROSLI
    NUR AMANINA BTE MOHD KHAIRUDDIN
    AIDA AFANDI
    NUUR THAQIFAH MOHD TAHIR 
    NORAFIZA BINTI AZIZAN
    NURSYAZWANI MAHADI
    AMALINA MOHD HASHIM
    NURUL IZATUL AFZAN ARIFFAM
    MUHAMAD SAUFI BIN ABUZAKI
    NURUL HAFIZAH SABTU
    JENNY KALAIARASI A/P KALAUCHAN
    NORSUZAWANI SUDIN
    IKLIL KAMARUL ZAMAN 
    SITI NORSALIHAH ZULKARNAIN
    AL-MUHDI BIN SAWAL
    NURUL FARAH SUZANA MOHAMAD AZAMAN
    NOR SURIA RUSTIY HATIEKAL RUSLAN 
    MUHSIN ABLLAH

Powered by Create your own unique website with customizable templates.