IT'S JUST ME, AIDA
  • REFLEKSI SAYA
  • TENTANG SAYA
  • TUGASAN SAYA
  • BLOG PENDIDIKAN

REFLEKSI PERTAMA

11/17/2014

1 Comment

 
Jumaat, 26 September 2014


Kelas tutorial bagi subjek Teknologi Pendidikan ini bermula pada minggu ke-3. Kelas tutorial saya diadakan setiap hari Jumaat jam 3 hingga 5 petang. Pensyarah untuk kelas ini ialah Dr. Fariza Binti Khalid. Sebelum memulakan tutorial, kami telah berkenalan sesama sendiri termasuk Dr. Fariza bagi sesi ice breaking.

Selepas itu, Dr. Fariza menerangkan tugasan individu dan tugasan kumpulan kepada kami.  Dalam tugasan individu, ada 3 tugasan yang kami perlu siapkan. Tugasan pertama ini, kami perlu mempunyai akaun website iaitu Weebly.com. Oleh itu kami telah mencipta akaun website Weebly. Tugasan kedua pula, kami perlu mencipta sebuah model bagi dijadikan alat bantu mengajar didalam bentuk 3 dimensi. Seterusnya, tugasan individu yang terakhir beliau menerangkan bahawa kami perlu mereka bentuk kulit buku. Markah yang akan diberi ialah 10% juga. 

Seterusnya, Dr. Fariza menerangkan tentang tugasan berkumpulan pula. Tugasan berkumpulan ini juga terbahagi kepada 2 bahagian. Tugasan pertama kami seramai 3 orang satu kumpulan perlu menggunakan enjin pencarian untuk mencari 15 jurnal. Kami sekumpulan akan berbincang tentang tema yang terdapat dalam jurnal-jurnal itu. Tugasan kedua pula ialah menghasilkan video di mana seramai 5 hingga 6 orang di dalam satu kumpulan. Video ini adalah selama 5 minit sahaja.
Picture
1 Comment
seha link
12/4/2014 04:24:41 pm

well written!

Reply



Leave a Reply.

    AIDA AFANDI

    Is it just me, or the world is changing?

    Archives

    December 2014
    November 2014

    Categories

    All

    RSS Feed

    FRIEND'S BLOG

    ANIS AQILAH KAMAL
    ROZIE ADENAN
    SITI NUR WAHIDA ROSLI
    NUR AMANINA BTE MOHD KHAIRUDDIN
    AIDA AFANDI
    NUUR THAQIFAH MOHD TAHIR 
    NORAFIZA BINTI AZIZAN
    NURSYAZWANI MAHADI
    AMALINA MOHD HASHIM
    NURUL IZATUL AFZAN ARIFFAM
    MUHAMAD SAUFI BIN ABUZAKI
    NURUL HAFIZAH SABTU
    JENNY KALAIARASI A/P KALAUCHAN
    NORSUZAWANI SUDIN
    IKLIL KAMARUL ZAMAN 
    SITI NORSALIHAH ZULKARNAIN
    AL-MUHDI BIN SAWAL
    NURUL FARAH SUZANA MOHAMAD AZAMAN
    NOR SURIA RUSTIY HATIEKAL RUSLAN 
    MUHSIN ABLLAH

Powered by Create your own unique website with customizable templates.